Seorang ketua balai Polis Tanah Merah, Port Dickson mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tiga pertuduhan rasuah, lima tahun lepas.
Seorang ketua balai Polis Tanah Merah, Port Dickson mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tiga pertuduhan rasuah, lima tahun lepas.

MELAKA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka menerima pengarah baharu, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail berkuat kuasa 1 Oktober.

SPRM Melaka dalam satu kenyataan hari ini berkata Awgkok Ahmad Taufik Putra dilantik menggantikan Abu Talib Othman yang telah bertukar ke SPRM Wilayah Persekutuan Labuan.

Awgkok Ahmad Taufik Putra sebelum ini merupakan Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Pulau Pinang.

Beliau berharap akan mendapat sokongan dan kerjasama daripada semua pihak sepanjang tempoh berkhidmat sebagai pengarah SPRM Melaka.

— BERNAMA