Setelah kuat dikecam oleh netizen, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menasihatkan agar media dan wartawan lebih waspada dalam membuat laporan masing-masing.
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

KUALA LUMPUR – Setelah kuat dikecam oleh netizen, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menasihatkan agar media lebih waspada dalam membuat laporan masing-masing.

Katanya, media perlu membuat laporan yang lebih penting di masa hadapan daripada melaporkan berita-berita yang tidak sepatutnya.

“Kalau boleh buat liputan pasal isu yang lebih pentinglah. Itu saya rasa lebih mustahak.

“Media pun was-was (waspada) buat laporan jugak,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen.

Semalam, Syed Saddiq memadam gambarnya tanpa berbaju yang dimuat naik di media sosial.

Syed Saddiq tarik balik gambar dalam tab mandi

Beliau memuat naik gambar dirinya yang sedang menjalani terapi ais selepas perlawanan bola sepak persahabatan sempena Hari Sukan Negara 2018 Sabtu lalu.

Kapsyen gambar tersebut di Instagram : “Lepas menjaringkan gol emas, terus kena rendam dalam air. Good game @dugongallstars.

Tindakan itu mendapat kritikan dan kecaman daripada netizen.

Netizen menganggap tindakan berkongsi gambar tidak berbaju itu sebagai tidak wajar, tambahan lagi kedudukannya sebagai menteri.

“Macam ini ke contoh kepada golongan muda?

“Macam ini ke pemimpin yang rakyat Malaysia mahukan? Aku rasa tak perlu kot nak tunjuk gambar macam ni kat laman sosial,” @thekings_vii dilaporkan berkata. -MalaysiaGazette