Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam, Datuk Dr Jacob George meminta kerajaan menjelaskan tentang pelaksanaan SST dan sejauh mana kesannya kepada rakyat.
Dr Jacob George

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA) yang menyambut baik kenaikan harga rokok dan pelaksanaan larangan merokok di semua restoran mahu pemantauan dan penyeludupan rokok dan minuman keras di sempadan negara dilaksanakan dengan tegas.

Presiden CASSA percaya penguatkuasaan itu sepenuhnya akan memberi kesan pelaksanaan yang hebat terhadap aktiviti penyeludupan oleh kumpulan penjenayah terancang dan kartel.

Datuk Dr Jacob George berkata, kenaikan harga rokok dan meningkatkan had umur pembeli alkohol itu adalah tindakan pantas dan memerlukan keazaman politik.

Semalam, Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad mengumumkan kenaikan itu berlaku susulan berlaku kenaikan mana-mana cukai berdasarkan Peraturan 8A Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

Katanya, Kementerian Kesihatan sedang menyelaraskan kelulusan harga rokok terkini.

Sebelum ini, JT International Bhd (JTI Malaysia) telah mengumumkan harga rokok bagi semua jenama edarannya di sini akan dinaikkan selepas penguatkuasaan SST pada 1 September lalu.

Bagaimanapun, George berharap pelaksanaan kawasan larangan merokok di semua restoran mulai tahun depan dikuatkuasa lebih awal iaitu pada 1 Disember ini. – MalaysiaGazette