TOKYO – Harga minyak Amerika Syarikat meneruskan keuntungan dalam dagangan hari ini selepas data industri menunjukkan penurunan kejutan dalam inventori mentah Amerika Syarikat…

Minyak mentah West Texas Intermediate naik AS$0.35 atau 0.5 peratus kepada AS$72.27 setong.

Manakala minyak mentah Brent bertambah AS$0.36 kepada AS$81.77 setong.

Penanda aras global yang susut sejak dua minggu lalu apabila pasaran ekuiti turun, didagangkan di bawah AS$5, di bawah paras tertinggi empat tahun kepada AS$ 86.74 pada 3 Oktober.

Inventori minyak Amerika Syarikat susut sebanyak 2.1 juta tong minggu lalu berbanding jangkaan penganalisis meningkatan 2.2 juta tong stok minyak. – MalaysiaGazette