Putera Mohammed bin Salman

WASHINGTON – Putera Mahkota Mohammed bin Salman menafikan beliau mengetahui apa yang berlaku terhadap Jamal Khashoggi, menurut Donald Trump.

Presiden Amerika Syarikat itu menyifatkan Arab Saudi kini umpama didapati bersalah sehingga ia berjaya menafikan terlibat dalam kes kehilangan Khashoggi.

Pegawai-pegawai yang menyiasat di bangunan konsulat Arab Saudi di Istanbul telah memberi banyak bukti tentang kematian Khashoggi, sekali gus memberi tekanan kepada sekutu-sekutu yang rapat dengan negara itu.

Khashoggi yang merupakan pengkritik pemerintahan Arab Saudi kali terakhir memasuki bangunan konsulat itu pada 2 Oktober lalu.

Pewaris kerajaan Saudi itu mempunyai kekuatan yang besar di dalam kerajaan telah dipertanggungjawabkan oleh banyak pihak di luar terhadap apa yang berlaku kepada Khashoggi.

Trump yang bercakap dengan Putera Mahkota itu melalui telefon berkata, Mohammed telah menafikan ebarang pengetahuan tentang apa yang berlaku di konsulat Arab Saudi di Turki.

Presiden itu berkata, Putera Mahkota itu memberitahu beliau sudah pun bermula dan akan melakukan penyiasatan penuh dan lengkap mengenai perkara ini.

“Jawapan akan dimaklumkan tidak lama lagi,” kata Trump yang memetik kenyataan Mohammed. – MalaysiaGazette