KUALA LUMPUR – Syarikat pengendali teksi Big Blue Capital Sdn Bhd mencabar Tony Pua menemui lebih 3,000 pemandu teksi dalam satu perhimpunan besar-besaran di hadapan Kementerian Kewangan, Putrajaya, 9 pagi esok.

Penasihatnya, Datuk Shamsubahrin Ismail berkata, Setiausaha Politik Menteri Kewangan itu perlu tampil dan menyelesaikan kemelut ribuan pemandu teksi yang kehilangan pendapatan selepas kemasukan e-hailing khususnya Grab.