Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Anuar Musa hadir pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 24 JULAI 2018.

KUALA LUMPUR – Masih terlalu awal untuk untuk menilai kedudukan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang kini berhadapan dengan siasatan demi siasatan berkaitan penyelewengan dana Yayasan Akal Budi, kata Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

Katanya, status Ahmad Zahid masih kekal sekiranya pertuduhan terhadap Presiden UMNO itu boleh diikat jamin.

“Masih terlalu awal (menilai kedudukan sebagai ketua pembangkang) kerana beliau (Ahmad Zahid) belum lagi dituduh. Apabila beliau dituduh dan pertuduhan itu dijangka bersifat ‘bailable offence’ (kesalahan yang boleh diikat jamin).

“Mengambil kira situasi berkenaan, kedudukan beliau tidak terjejas dari sudut undang-undang, lagipun ia cuma notis biasa berkaitan dengan penyiasatan sama ada tahan atau tidak itu masih lagi spekulasi,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen.

Ahmad Zahid akan hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setelah menerima notis serah diri jam 3.00 nanti.

Malah beliau dipercayai akan didakwa di mahkamah oleh badan siasatan rasuah itu esok.

Bekas timbalan perdana menteri itu sebelum ini diambil keterangan sebanyak empat kali leh SPRM berhubung dakwaan penyelewengan dana Yayasan Akal Budi yang dikatakan untuk melunaskan hutang kad kredit milik beliau dan isterinya membabitkan nilai mencecah RM800,000.

Zahid adalah pengerusi yayasan itu yang ditubuhkan pada 1977 dengan misi menghapuskan kemiskinan. – MalaysiaGazette

Mesyuarat MKT UMNO bakal tentukan nasib Zahid

Zahid Hamidi bakal ditahan SPRM esok, didakwa Jumaat

TERKINI : “Saya Dibenarkan Untuk Pergi Solat Jumaat dan Makan Tengahari” – Zahid Hamidi

UMNO Perak yakin Zahid tak bersalah

Zahid beri keterangan terakhir, 7 jam di SPRM

Zahid Hamidi Selesai Beri Kerjasama untuk Kali ke5 kepada SPRM