logo 1MDB
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Kerajaan telah membayar faedah bon yang diterbitkan anak syarikat 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) 1MDB Energy (Langat) Ltd sebanyak AS$50.3 juta (RM208.8 juta) yang matang hari ini.

Dalam kenyataannya, Kementerian Kewangan sekali lagi menegaskan akan terus komited terhadap pembayaran hutang-hutang 1MDB.

Bagi baki tahun ini, Kementerian Kewangan masih perlu membayar AS$52.413 juta (RM217.51 juta) pada 11 November bagi bon 1MDB Energy Ltd dan Sukuk Nota Islamik Jangka Sederhana berjumlah RM143.75 juta pada 29 November ini.

Setakat ini, kerajaan Malaysia telah melunaskan pembayaran hutang 1MDB sebanyak RM1.69 bilion.-MalaysiaGazette