anak-kanak di kawasan Projek Perumahan Rakyat juga tidak dikecualikan dalam menerima bantuan tersebut sekiranya ibu bapa atau penjaga merujuk anak mereka ke klinik kesihatan kerajan dan dikenalpasti layak.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Kerajaan bakal menubuhkan Majlis Perumahan Mampu Milik Negara bagi menyelaraskan pengurusan mampu milik awam.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, di bawah Keutamaan Kedua: Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat dalam Kajian Separuh Penggal RMK11, sejumlah 200,000 unit rumah mampu milik bakal dibina dalam tempoh 2018-2020.

“Perumahan adalah penting untuk kesejahteraan keluarga.

“Sebanyak 200,000 unit rumah mampu milik disasarkan dalam tempoh 2018-2020 dengan menggalakkan penglibatan yang lebih luas oleh sektor swasta,” katanya ketika membentangkan Kajian Separuh Penggal RMK11 di Parlimen hari ini.

Tambah beliau, kerajaan akan menyediakan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan kuasa beli dan mengurangkan peningkatan kos sara hidup rakyat.

Tumpuan, katanya, akan diberikan untuk membendung kenaikan harga barang melalui pelbagai langkah seperti kawalan harga, meningkatkan penguatkuasaan dan mempertingkatkan tahap konsumerisme.

Bagi meningkatkan kemudahan kesihatan awam, sebuah pusat kanser wilayah utara akan dibina bagi melengkapi Institut Kanser Negara.

Kerajaan juga akan mewujudkan sebuah pusat kawalan dan pencegahan penyakit kebangsaan di Nilai, Negeri Sembilan untuk mengesan, mencegah dan mengatasi ancaman penyakit.-MalaysiaGazette