Mayat tiga beranak yang ditemukan terapung di Sungai Arau-Tambun Tulang hari ini menimbulkan tanya tanya oleh penduduk tiga buah kampung berhampiran sungai itu di sini.
Mayat tiga beranak yang ditemukan terapung di Sungai Arau-Tambun Tulang hari ini menimbulkan tanya tanya oleh penduduk tiga buah kampung berhampiran sungai itu di sini.

ARAU – Mayat tiga beranak yang ditemukan terapung di Sungai Arau-Tambun Tulang hari ini menimbulkan tanya tanya oleh penduduk tiga buah kampung berhampiran sungai itu di sini.

Ketua Polis Perlis SAC Noor Mushar Mohamad berkata tiga beranak itu dikenal pasti sebagai Norzalina Baharom, 35, serta ibu bapanya Norma Pin, 64, dan Baharom Ahmad, 66, dari Sungai Petani, Kedah.

Noor Mushar berkata mayat Norzalina ditemukan terapung di sungai itu oleh seorang penduduk Kampung Batu Belat pada kira-kira 8.35 pagi yang kemudian membuat aduan kepada polis.

Katanya pasukan polis yang memeriksa mayat Norazlina di tempat kejadian menemui dua lagi MyKad milik Norma dan Baharom.

“Mayat Norma kemudian ditemukan pada pukul 10.18 pagi berdekatan Kampung Belat Raja kira-kira dua kilometer (km) dari tempat mayat Norzalina ditemukan ,” katanya kepada media di sini, hari ini.

Beliau berkata mayat Baharom pula ditemukan di sungai yang sama berdekatan Kampung Che Ok, pada 12.10 tengahari, 10km dari tempat penemuan mayat isterinya.

“Siasatan awal mendapati tiada tanda kecederaan pada ketiga-tiga mayat tersebut dan pihak polis masih menyiasat penemuan itu,” katanya.

Noor Mushar berkata ketiga-tiga mayat tersebut dihantar ke Unit Forensik Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk dibedah siasat dan kes itu setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Beliau berharap orang ramai yang mengetahui mengenai kejadian itu supaya tampil membantu siasatan polis.

— BERNAMA