KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) diharap akan berjaya menangani isu jurang perbezaan pendapatan isi rumah yang sekian lama tidak dapat ditangani.

Menurut Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah jurang pendapatan golongan kaya dengan miskin menjadi masalah utama yang patut diberi perhatian kerana ia mempunyai kaitan dengan kedudukan dan perkembangan kewangan negara.