Penyedia perkhidmatan digital MY E.G. Services Bhd (MYEG) akan memperkenalkan ujian saringan COVID-19 menggunakan persampelan air liur di rumah bermula 1 Mac ini.

KUALA LUMPUR – MyEG Services Bhd dan Lembaga Pengarahnya tidak disiasat, atau menjadi pihak yang terlibat dalam siasatan yang membawa kepada dakwaan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Syarikat telah menerima surat daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mengesahkan dan menjelaskan bahawa MYEG dan Lembaga Pengarahnya tidak disiasat, atau menjadi pihak yang terlibat dalam siasatan yang membawa kepada dakwaan terhadap Ahmad Zahid,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia di sini hari ini.

Terdahulu, saham MyEG di Bursa Malaysia diniagakan dalam jumlah yang besar susulan berita syarikat itu dikaitkan dengan dakwaan terhadap Ahmad Zahid.

Beliau didakwa menerima 10 cek bernilai RM5 juta untuk membantu sebuah syarikat mendapat projek MyEG.

Selain itu, beliau didakwa menerima RM250,000 dalam kapasitinya sebagai Menteri Dalam Negeri untuk membantu sebuah syarikat perunding mendapat projek MyEG.

Ahmad Zahid turut didakwa menerima 13 cek berjumlah RM8 juta untuk membantu sebuah syarikat mendapat projek MyEG dan meminta dibicarakan terhadap kesemua pertuduhan itu.

Dagangan dalam saham MyEG digantung dari 2.30 petang dan akan disambung semula pada 22 Okt (Isnin). – MalaysiaGazette