Ringgit gagal mengekalkan kenaikannya semalam apabila dibuka rendah pagi ini berbanding dolar AS apabila para pelabur beralih kembali kepada aset lebih berisiko, kata para peniaga.
KUALA LUMPUR – Ringgit rendah berbanding dolar US dalam dagangan awal hari ini berikutan permintaan lemah terhadap unit tempatan disebabkan jangkaan Rizab Persekutuan akan menaikkan kos pinjaman.

Pada 9.19 pagi, unit tempatan berada pada 4.1570/1620 berbanding dolar US daripada 4.1550/1580 pada Khamis.

Peniaga berkata minat pelabur beralih kepada dolar US, disokong oleh pengumuman minit mesyuarat Rizab Persekutuan bagi September baru-baru ini, yang menunjukkan penggubal dasar bersetuju mengenai keperluan untuk menaikkan kos pinjaman.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama lain kecuali yen, apabila ia susut kepada 3.7010/7058 daripada 3.6920/6953 semasa ditutup semalam.

Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0108/0148 daripada 3.0163/0196, naik berbanding euro kepada 4.7631/7701 daripada 4.7891/7929 dan menokok berbanding pound British kepada 5.4132/4214 daripada 5.4530/4586. – MalaysiaGazette