Rubin Kazan digantung oleh Uefa kerana melanggar syarat FFP

MOSCOW – Kelab bola sepak Rubin Kazan digantung dua musim daripada beraksi dalam Liga Juara-Juara Eropah dan Liga Europa.

Hukuman itu dijatuhkan oleh Badan Pemantauan Bola Sepak Eropah (Uefa) atas alasan kelab itu melanggar peraturan Pengurusan Kewangan Adil (FFP).

Sebelum ini kelab Liga Rusia itu mengikat perjanjian penyelesaian bersama Uefa.

Namun tindakan perlanggaran FFP itu memaksa badan Uefa membuka kertas siasatan terbaharu.

FFP diwujudkan untuk menghalang mana mana kelab bola sepak membuat perbelanjaan melebihi pendapatan kelab.

Perjanjian penyelesaian kebiasaannya menyaksikan sesebuah kelab dihalang  terlibat dalam perpindaan pemain dan saiz pasukan untuk tempoh yang ditetapkan. – Agensi