PULAU PINANG – Tiga dikhuatiri maut manakala 12 lagi hilang dalam kejadian tanah runtuh di lokasi pembinaan lebuh raya di Bukit Kukus, Paya Terubong, Pulau Pinang.
Empat buah kontena tertimbus dalam kejadian tersebut.
Maklumat awal terdapat 10 mangsa turut tertimbus. Bagaimanapun, Penang Kini melaporkan dikhuatiri tiga maut manakala 12 lagi hilang.
Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, kejadian berlaku pada 1.56 petang dan kerja-kerja menyelamat masih berjalan. – MalaysiaGazette