Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melambai ketika hadir ke mahkamah sesyen bagi menghadapi pertuduhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta. foto FAREEZ FADZIL, 19 OKTOBER 2018

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba di Mahkamah Sesyen di Kompleks Mahkamah di Jalan Duta bagi menghadapi beberapa pertuduhan selepas enam kali hadir ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau yang ditahan SPRM pukul 3.15 petang semalam tiba di Kompleks Mahkamah melalui jalan belakang, berikutan kesesakah di pintu masuk utama berikutan kehadiran lebih 1,000 penyokong bekas timbalan perdana menteri itu.

MGF19102018_DS ZAHID HAMIDI MAHKAMAH03
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi tiba untuk didakwa berhubung penyalahgunaan dana dalam Yayasan Akalbudi di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 19 OKTOBER 2018

Ahmad Zahid berhadapan dengan beberapa pertuduhan di bawah Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009 dan Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

“Pendakwaan itu dibuat setelah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara.

“Ahmad Zahid akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok (19 Oktober 2018), pukul 9 pagi untuk pertuduhan di mahkamah,” kata SPRM dalam kenyataan semalam. – MalaysiaGazette