BNM
Bangunan Bank Negara Malaysia

KUALA LUMPUR- Rizab antarabangsa Bank Negara jatuh 0.19 peratus kepada AS$102.8 bilion setakat 15 Oktober berbanding AS$103 bilion pada 28 September selepas mengambil kira perubahan nilai.

Bank Negara Malaysia dalam kenyataannya berkata, kedudukan rizab tersebut mencukupi untuk membiayai 7.3 bulan import dan adalah 0.9 kali ganda hutang luar jangka pendek.

Rizab matawang asing jatuh AS$97 bilion setakat 15 Oktober berbanding AS$97.3 bilion pada 28 September manakala kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa kekal pada AS$900 juta.

Hak pengeluaran istimewa dan emas masing-masing kekal pada AS$1.1 bilion dan AS$1.5 bilion manakala rizab aset meningkat kepada AS$2.3 bilion berbanding AS$2.2 bilion.

Jumlah keseluruhan aset Bank Negara Malaysia setakat 15 Oktober adalah RM448.23 bilion manakala peredaran matawang adalah RM103.01 bilion.-MalaysiaGazette