LONDON – Iran mendakwa pihaknya berjaya menahan tiga kumpulan  yang merancang serangan ke atas para pengikut Syiah pada haji tahunan Arbaeen baru-baru ini.

Haji tahunan Arbaeen merupakan hari mengingati berakhirnya berkabung selama 40 hari untuk cucu Nabi Muhammad, Imam Hussein.

Pada ritual itu, beratus-ratu ribu rakyat Iran ‘mengembara’ ke Karbala setiap tahun di mana kaum Syiah percaya ilokasi Imam Hussein dikepung.

Menteri Perisikannya, Mahmoud Alavi melawat di kawasan sempadan Iran-Iraq berkata, ketiga-tiga kumpulan itu didakwanya militan kerana ingin menyasarkan serangan kepada rakyat Iran.

Bagaimanapun beliau tidak mendedahkan bila dan mana penangkapan itu berlaku.

Syiah dianggap murtad oleh orang Islam Sunni di Iraq dan didakwa Kumpulan Sunni Bersenjata di Iran juga telah meningkatkan serangan terhadap sasaran ketenteraan dan awam dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Iran meningkatkan penguatkuasaan di kawasan sempadan selepas lima lelaki bersenjata telah membunuh 25 orang rakyat Iran di sebuah perarakan tentera di barat daya pada bulan September lalu.

Sekurang-kurangnya 10 anggota keselamatan Iran termasuk pengawainya diculik di sempadan Pakistan minggu lepas oleh kumpulan pemisah Sunni kerana mendakwa ia sebagai tindakan balas dendam terhadap penindasan terhadap kaum Muslim Sunni di Iran.- MalaysiaGazette