SINGAPURA – Harga minyak stabil apabila Arab Saudi berjanji untuk bertanggungjawab dalam pasaran bahan api walaupun sentimen kekal sengit ekoran pelaksanaan sekatan Amerika Syarikat terhadap eksport mentah Iran yang bermula bulan depan.

Niaga hadapan minyak mentah Brent bulan hadapan didagangkan pada AS$79.87 setong pada 0120 GMT, naik AS$0.04 berbanding harga penutup.

Manakala niaga hadapan West Texas Intermediate (WTI) berada pada AS$69.41 setong, meningkat AS$0.05.

Sekatan Amerika Syarikat terhadap eksport minyak Iran bermula pada 4 November ini dengan Washington mendesak kerajaan dan syarikat-syarikat di seluruh dunia mengurangkan import dari Tehran.

Arab Saudi yang merupakan pengeluar minyak mentah utama telah menjanji untuk memastikan bekalan mencukupi kerana wujud kebimbangan kawalan pasaran selepas sekatan Tehran berkuatkuasa dan tindakan sama kepada Riyadh susulan kes pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi.

“Sekatan minyak Iran dan kes Jamal Khashoggi adalah contoh yang jelas mengenai peranan geopolitik yang tidak dapat dipertikaikan dalam pasaran minyak.

“Ia dijangka memberi kesan kepada harga minyak dan turun naik ketika pasaran hampir seimbang,” menurut nota penyelidikan JP Morgan. – MalaysiaGazette