Datuk Seri Najib Razak
Najib Razak

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu, negara akan terperangkap jika Bajet 2019 berdasarkan harga minyak dunia AS$70 setong,

Katanya, dalam situasi geopolitik yang agak rapuh sekarang, harga minyak dijangka turun naik.

“Itu yang saya bimbang. Harga minyak berubah-ubah disebabkan geopolitik dan tiada siapa yang boleh membuat jangkaan kerana tertakluk kepada geopolitik.

“Sekatan Iran, OPEC, Arab Saudi dan faktor-faktor lain yang berkepentingan juga perlu diambil kira,” katanya semasa perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau khuatir keadaan itu akan mengundang masalah kepada urus tadbir negara dalam merancang pembangunan dan pendapatan negara. – MalaysiaGazette