Jambangan McDonald untuk meraikan graduan sempena musim konvokesyen.
Jambangan McDonald untuk meraikan graduan sempena musim konvokesyen.

KUALA LUMPUR – Musim konvokesyen yang sedang berlangsung sekarang ini tentunya saat paling menggembirakan bagi para graduan dan keluarga.

Manakan tidak, segala dugaan dan cabaran sepanjang alam pembelajaran di pusat pengajian tinggi telah berjaya ditempuh sehingga akhirnya membuahkan hasil.

Tentunya pencapaian yang dibuktikan menerusi segulung ijazah atau sekeping diploma menjadi titik permulaan untuk para graduan mengorak langkah yang lebih luas.

Seiring dengan masyarakat yang makin canggih, pelbagai idea juga timbul dalam meraikan ahli keluarga yang berjaya sehingga adakalanya terfikir betapa kreatifnya generasi masa kini.

Salah satu idea kreatif yang ditemui di laman Twitter adalah jambangan MCDonald dan KFC.

kfc
Jambangan KFC untuk meraikan salah seorang graduan sempena konvokesyen Universiti Malaya.

Tidak kurang kreatif apabila bunga kantan dan bayam merah digubah menjadi jambangan untuk dihadiahkan kepada salah seorang graduan di Universiti Malaya.

 

bayam baru
Jambangan bayam dan bunga kantan.

Apa-apa pun tahniah kepada graduan semua. – MalaysiaGazette