Salah, anak lelaki Jamal Khashoggi berjabat tangan dengan Raja Mohammed bin Salman di Istana Yamama, Riyadh. foto AP

ISTANBUL – Badan Jamal Khashoggi yang dibunuh telah ditemui dan mendedahkan secara terperinci bagaimana wajahnya telah ‘dirosakkan’.

Mayat wartawan itu ditemui di taman di kediaman Konsul Arab Saudi di Istanbul, lapor Sky News yang memetik sumber-sumber perundangan dan politik.

Berita itu dilaporkan ketika anak lelaki Khashoggi menemui Putera Mohammed bin Salman di Istana Yamama – individu yang didakwa terlibat dalam pembunuhan wartawan terkemuka itu.

Salah juga telah dilarang ke lur negara sejak tahun lalu.

Melalui gambar-gambar, Salah kelihatan murung ketika berjabat tangan dengan Putera Mahkota Arab Saudi itu.

Salah dan adiknya, Sahel dijemput ke istana bagi mengucapkan takziah atas kematian bapa mereka.

Setakat ini, kerajaan Arab Saudi menafikan pembabitan Raja Salman dan Putera Mohammed dalam pembunuhan Khashoggi.

Sementara itu, Recep Tayyip Erdogan pula melabelkan kematian Khashoggi sebagai “pembunuhan ganas” yang dilakukan oleh sekumpulan pembunuh yang merancang pembunuhan itu.

Dalam ucapannya, Presiden Turki itu mempersoalkan mengapa tubuh seseorang yang secara rasmi dikatakan telah dibunuh belum dijumpai?”

Erdogan memberitahu Parlimen Turki bahawa kes itu jelas merupakan pembunuhan bermotifkan politik yang dirancang dengan teliti.

Katanya, pegawai Arab Saudi mula merancang untuk menentang Khashoggi pada akhir bulan September, beberapa hari lebih awal daripada kehilangan beliau.

Khashogggi dilaporkan tidak keluar daripada bangunan Konsulat Arab Saudi di Istanbul pada 2 Oktober.

Erdogan berjanji untuk ‘menelanjangkan’ rancangan Arab Saudi untuk membunuh kolumnis Washington Post berikutan kedatangan pasukan khas termasuk Jeneral Arab Saudi bagi melaksanakan misi tersebut.

Khashoggi, seorang warga Arab Saudi adalah pengkritik tajam kepimpinan Arab Saudi terutama Putera Mohammed.

Erdogan bagaimanapun tidak menyebut nama Putera Mohammed – individu yang didakwa oleh Amerika Syarikat yang memerintahkan pembunuhan itu dilakukan.

Namun, Erdogan mempersoalkan ketulusan Raja Salman dalam siasatan kes itu.

“Daripada individu yang memberi perintah itu, kepada individu yang melaksanakannya, kedudukan mereka mesti dipertimbangkan,” kata Erdogan.

Beliau menuntut Arab Saudi mendedahkan siapa yang membantu pembunuh – seseorang yang disebut sebagai “pembantu tempatan” – yang terlibat membawa mayat Khashoggi.

Presiden itu berkata, tiga orang secara rahsia memasuki Turki tiga hari sebelum pembunuhan dan meninjau kawasan hutan berhampiran Istanbul – menunjukkan ketiga-tiga mereka mungkin mencari tempat untuk membuang mayat wartawan tersebut. – MalaysiaGazette