Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR – Kerajaan telah membuat keputusan muktamad untuk menghentikan pengambilan pekerja asing oleh lebih 100 syarikat swasta.

Sebaliknya, kerajaan akan membenarkan satu agensi yang akan mengendalikan program kdimat luar pengambilan pekerja asing berkuatkuasa serta merta.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, keputusan itu dicapai selepas mesyuarat Jawatankuasa Bersama Pengurusan Pekerja Asing di Parlimen hari ini.

“Sebelum ini, program pengambilan warga asing telah dikendalikan dibawah KDN selama ini. Kini kita telah putuskan tugas seperti ini patut diserahkan kepada Agensi Pekerjaan Swasta (APS) bawah Kementerian Sumber Manusia.

“Badan ini juga mempunyai akta khas bagi memastikan pengambilan pekerja asing lebih terurus dan mengikut peraturan dan undang-undang sedia ada,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama-sama Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran di Parlimen di sini hari ini.

Sebelum ini, Persekutuan Majikan Malaysia pernah beberapa kali menggesa kerajaan untuk mansuh sistem ejen pekerja asing untuk tangani isu seperti perhambaan serta penindasan yang seringkali berlaku namun kurang dilaporkan. – MalaysiaGazette