Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendahului pencabar tunggalnya Mohd Rafizi Ramli dalam saingan jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan parti itu yang berlangsung di 10 cabang di Kedah hari ini.

ALOR SETAR – Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendahului pencabar tunggalnya Mohd Rafizi Ramli dalam saingan jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan parti itu yang berlangsung di 10 cabang di Kedah hari ini.

Cabang yang mengadakan pemilihan itu ialah Kuala Kedah, Alor Setar, Kubang Pasu, Pendang, Sik, Padang Terap, Pokok Sena, Baling, Langkawi dan Jerlun.

Menurut laman sesawang Pemilihan Keadilan 2018 diĀ www.pemilihankeadilan2018.com, Mohamed Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi mendapat 1,148 undi manakala Mohd Rafizi yang merupakan bekas Anggota Parlimen Pandan memperoleh 1,031 undi.

Pemilihan parti itu di negeri ini berlangsung dua hari dengan proses pengundian di lima cabang lagi iaitu Jerai, Merbok, Sungai Petani, Padang Serai dan Kulim-Bandar Baharu dijadualkan esok.

Pemilihan itu diadakan semula selepas semua proses pengundian pada 22 Sept lepas dibatalkan berikutan terdapat beberapa masalah dihadapi ketika proses pengundian berlangsung.

— BERNAMA