AMMAN- Pencarian mangsa yang masih hidup diteruskan di pesisir Laut Mati di Jordan pada Jumaat selepas satu banjir kilat mengorbankan 21 orang terutamanya kanak-kanak sekolah apabila bas mereka dibawa arus.

Sejumlah 37 orang telah berjaya diselamatkan dalam satu operasi besar-besaran melibatkan helicopter dan penyelam, kata sumber pertahanan.

Operasi menyelamat masih diteruskan bagi mencari mangsa yang masih hidup.

Bas sekolah yang membawa 44 orang kanak-kanak dan guru itu dalam perjalanan ke destinasi popular perkelahan sebelum hilang dibawa arus, kata Ketua Polis, Brigadier Jeneral Farid al Sharaa.

Kebanyakan mangsa yang mati adalah murid sekolah.

Selain itu tiga rakyat Iraq dan seorang wanita berusia 20an yang turut berada bersama kanak-kanak berkenaan juga maut. – Agensi