LEICESTER CITY – Teka teki berhubung mengapa tiada siapa yang mahu memberi kenyataan insiden helicopter milik jutawan Thailand, Vichai Srivaddhanaprabha yang terhempas lalu terbakar akhirnya terjawab hari ini.

Agensi melaporkan, Vichai yang juga merupakan pemilik kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL),  Leicester City disahkan antara empat individu yang maut dalam insiden Sabtu lepas.

Polis menamakan empat mangsa lain sebagai Nursara Suknamai dan Kaveporn Punpare iaitu dua petugas Vichai, juruterbang Eric Swaffer dan penumpang, Izabela Roza Lechowicz.

Vichai, 60, juga merupakan pengasas dan pemilik empayar bebas cukai King Power di Thailand sering kelihatan setiap kali perlawanan diadakan dan sering berulang-alik dari negara asalnya untuk menyaksikan kelabnya bermain.

Beliau dan empat penumpang lain menaiki pesawat berwarna biru dan berlepas dari tengah padang sejurus stadium itu kosong.selepas perlawanan dengan West Ham yang berkesudahan dengan seri 1-1.

Saksi berkata, helikopter itu dilihat seolah-olah mengalami masalah teknikal pada kipas belakang sejurus berlepas.

Foto menunjukkan bangkai pesawai terbabit dijilat api di tempat meletak kereta Stadium King Power lokasi sambutan meraikan kejayaan Leicester City menjuarai Liga Premier dua tahun lalu.

Ia dikatakan terhempas selepas perlawanan menentang West Ham di tempat letak kereta berhampiran Stadium King Power, stadium yang menyaksikan kemenangan gemilang dua tahun lalu, pasukan Leicester City menjuarai EPL

Helikopter King Power terhempas dan terbakarSebelum ini sudah ada ura-ura mendakwa sesuatu yang buruk telah berlaku kepada jutawan Thailand yang amat disegani malah sentiasa mengaitkan beliau dengan kemenangan kelab terbabit dalam kejuaraan liga pada 2016.

Rata-rata peminat yang mengenali mendiang sudah membanjiri kediaman beliau di Thailand dan Leichester sejak malam tadi dengan meletakan kalungan bunga, patung Buddha, selendang serta lilin memperingati jutawan yang dekat di hati jutaan orang. –MalaysiaGazette