Aminuddin Yahya Sultan kalimah Allah
Aminuddin Yahya

KUALA LUMPUR – Gerakan Pembela UMMAH menyambut baik langkah Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu berunding dengan semua kaum di negara ini sebelum kerajaan menandatangani ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Pengerusinya, Aminuddin Yahaya berkata, kenyataan Perdana Menteri itu tepat pada masanya dan langkah itu perlu dipatuhi oleh semua menteri daripada mengeluarkan sebarang kenyataan sebelum rundingan dibuat.

“Saya rasa itu satu kenyataan yang tepat bahawa perlu diadakan rundingan dengan semua pihak sebelum sebarang kenyataan dibuat oleh para menteri

“Kita menymabut baik saranan Tun itu dan kita menunggu panggilan daripada pejabat Perdana Menteri untuk sama-sama kita berbincang secara terbuka perkara ini.

“Ini melibatkan semua pihak berkepentingan dalam hal ini. Jadi kita bersetuju dan menunggu panggilan daripada pejabat menteri,” katanya ketika ditemui pemberita di luar pekarangan bangunan Parlimen, di sini, hari ini.

Aminuddin mengulas kenyataan Dr Mahathir yang mengakui bukan mudah untuk menandatangani ratifikasi ICERD kerana masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

MGF31102018_PENYERAHAN MEMORANDUM TOLAK ICERD12
Presiden PAS merangkap Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika menyertai demonstrasi penyerahan memorandum menolak usaha kerajaan Pakatan Harapan (PH) meratifikasikan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di hadapan Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 31 OKTOBER 2018

Perdana Menteri juga memberi jaminan satu rundingan dengan semua kaum di negara akan dilakukan sebelum Kerajaan Pakatan Harapan (PH) meratifikasikan ICERD.

Mengulas soal ketuanan Melayu, Amnuddin juga berkata Malaysia adalah negara Islam dan untuk mempertahankannya negara memerlukan orang Melayu.

“Masalah ada orang Islam yang tidak berpendidikan, itu kita kena perbaiki dari semasa ke semasa, bukan kita buang prinsip itu.

“Sebenarnya ramai orang Melayu yang bijak, cuma mungkin rasuah dan tidak bijak ini hanya segelintir orang politik yang dulu dan sekarang ini.

“Sedangkan rakyat jelata dan NGO ini hebat dan terbukti. Kenapa kita nak hilang prinsip itu hanya kerana satu dan dua kelemahan itu,” katanya lagi.

Sebelum ini, Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy memberitahu, kerajaan komited untuk meratifikasi enam perjanjian termasik ICERD pada suku pertama tahun hadapan.

Hasrat itu bagaimanapun mendapat bantahan pelbagai pihak kerana melanggar Perlembagaan Persekutuan terutama khususnya bertentangan dengan hak istimewa orang Melayu dan kaum Bumiputera. – MalaysiaGazette

Tidak mudah untuk Malaysia tandatangani ICERD – Dr. Mahathir