Bursa Malaysia dibuka dengan kecenderungan negatif hari ini, berikutan harga minyak sawit mentah (MSM) dan harga minyak mentah yang rendah terus mempengaruhi sentimen pasaran.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR –  Saham di Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi hari ini, menyaksikan pembelian dalam kaunter utama terpilih selain diperkukuhkan lagi oleh prestasi semalam yang memberangsangkan di Wall Street.

Pada 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengukuh 1.57 mata pada 1,710.84 berbanding 1,709.27 penutup semalam.

Indeks itu dibuka 1.32 mata lebih kukuh pada 1,710.59.

Public Bank Investment Bank Bhd berkata, pasaran seluruh dunia meninggalkan Oktober kebanyakannya dalam nada positif, sungguhpun masih menyaksikan kerugian bulanan terburuk buat seketika.

“Di Wall Street, Dow Jones Industrial Average dan S&P 500 ditutup masing-masing 1.0 peratus dan 1.1 peratus lebih tinggi, dipacu pendapatan mantap korporat seperti General Motors dan Facebook,” katanya.

Di Bursa Malaysia, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 157 berbanding 65 dengan 136 tidak berubah manakala 1,469 tidak didagangkan dan 18 yang lain digantung.

Sejumlah 96.39 juta saham bertukar tangan bernilai RM45.28 juta.

Dalam kalangan kaunter utama, Maybank, Tenaga dan IHH Healthcare mendatar masing-masing pada RM9.49, RM14.70 dan RM5.00. – MalaysiaGazette