Bungkusan rokok yang dicadangkan Singapura

SINGAPURA – Semua produk tembakau di Singapura dikehendaki menggunakan bungkusan biasa dengan amaran kesihatan grafik yang meliputi sebahagian besarĀ  daripada bungkusan.

Pengumuman itu dibuat semalam, sebagai sebahagian daripada usaha Singapura untuk menjadikan komuniti negara tersebut bebas tembakau.

Langkah-langkah yang dicadangkan akan digunakan untuk semua produk tembakau, termasuk rokok, cerutu, cerut, rokok daun (rokok tipis yang dibungkus dalam daun), ang hoon (daun tembakau longgar) dan produk tembakau yang lain, kata Kementerian Kesihatan.

Kementerian bercadang untuk melakukan pindaan undang-undang pada awal tahun depan. Sekiranya digubal, langkah-langkah baharu boleh berkuatkuasa dari tahun 2020.

Tempoh peralihan – di antara apabila pengeluar perlu menghasilkan pek standard dan peruncit mesti menjual semua produk dalam pek standard akan ditentukan bagi membolehkan stok-stok lama dijual.

Dengan ini ia akan memudahkan pelaksanaan peraturan tersebut bagi industri tembakau.

“Penggunaan tembakau adalah punca utama kesihatan dan kematian di Singapura,” kata MOH dalam kenyataan akhbar.

Di bawah cadangan baharu itu, bungkusan rokok tidak dibenarkan menggunakan logo, warna, imej jenama dan maklumat promosi.

Bungkusan rokok itu juga mempunyai warna standard.

Nama jenama dan nama produk dibenarkan tetapi dalam warna standard dan gaya font (gaya huruf) standard.

Produk-produk tembakau juga mesti memaparkan amaran kesihatan melalui grafik sekurang-kurangnya 75 peratus pada permukaan bungkusan berbanding 50 peratus sekarang. – MalaysiaGazette