Bursa Malaysia dibuka dengan kecenderungan negatif hari ini, berikutan harga minyak sawit mentah (MSM) dan harga minyak mentah yang rendah terus mempengaruhi sentimen pasaran.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Saham di Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi hari ini, dengan tahap keyakinan tinggi dalam kalangan pelabur menjelang pembentangan Bajet 2019 petang ini, selain persekitaran luaran positif, terutamanya prestasi semalaman di Wall Street yang lebih baik.

Pada 9.11 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengukuh 4.55 mata pada 1,711.47 berbanding 1,706.92 penutup semalam.

Indeks itu dibuka 4.06 mata lebih tinggi pada 1,710.98. – MalaysiaGazette