TERKINI : “Belanjawan Yang Cukup Melegakan” – Saifuddin Nasution

Pengumuman Bajet 2019 sebentar tadi sebenarnya disifatkan telah memberi satu ‘kelegaan’ besar kepada rata-rata pemimpin khasnya di kementerian kerana telah diberikan peruntukan secukupnya demi kepentingan rakyat dan pembangunan negara.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution, kerajaan masih berkeupayaan menampung keperluan rakyat walaupun dengan pemansuhan cukai cukai barang dan perkhidmatan (GST) sehingga menyebabkan negara menanggung kerugian.

Antaranya kata Saifuddin, komitmen kerajaan dalam untuk menyelesaikan keseluruhan tunggakan bayaran balik cukai yang dianggarkan sebanyak RM37 bilion iaitu RM18 bilion untuk cukai pendapatan dan RM19 bilion cukai GST kelak.