TERKINI : “Pakatan Harapan Gagal?” – Timbalan Presiden PAS

Pakatan Harapan (PH) gagal menyatakan dengan jelas kedudukan kewangan negara yang sebenar, kata Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Jelas Ahli Parlimen Kubang Kerian itu, Menteri Kewangan tidak ada menyatakan defisit, pendapatan dan perbelanjaan kerajaan.

“Belanjawan 2019 ini kita tak tahu berapa sebenarnya jumlah pendapatan dan perbelanjaan cuma kita tahu jumlah perbelanjaan belanjawan ini? Berapa kita defisit sebenarnya?

“Kita tidak ada satu angka yang jelas tentang jumlah defisit belanjawan negara. Biasanya kita nak tahu berapa jumlah perbelanjaan dan pendapatan baru kita dapat tengok berapa sebenarnya,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen selepas Lim Guan Eng membentangkan Belanjawan 2019 hari ini.