Marcus Rashford.

UNITED KINGDOM – Gol lewat Marcus Rashford menyaksikan kebangkitan dramatik Manchester United apabila mencatat kemenangan 2-1 menewaskan Bournemouth malam tadi.

Gol Rashford hadir pada minit ke92 selepas jaringan lewat babak pertama pertama oleh Anthony Martial menyamakan kedudukan hasil jaringan awal Callum Wilson minit ke-11 buat Bournemouth di Dean Court.

Kemenangan ketiga United dalam empat saingan terakhir Liga Perdana meneruskan aksi prestasi terbaik yang berterusan bermula tempat sendiri mengatasi Newcastle United apabila skuad Jose Mourinho bangkit daripada ketinggalan dua gol.

Mourinho meluahkan keyakinannya sebelum perlawanan bahawa posisi United dalam Liga Perdana akan tampak berbeza menjelang babak kedua musim ini.

Mourinho bagaimanapun sedar lebih banyak perubahan dibuatnya jika mereka mahu kembali menghidupkan peluang untuk kedudukan empat teratas.

Sementara itu, Romelu Lukaku tidak diturunkan dengan Mourinho mendedahkan penyerang itu tidak dibawa selepas mengalami kecederaan sehari sebelum perlawanan. – MalaysiaGazette