KUALA LUMPUR – Pelawak dan pelakon, Shuib Sepahtu dan Pablo Amirul disenarai dalam Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi pencapaian Bilangan Lebah Terbanyak Pada Badan Manusia kategori Lelaki .

Sebanyak 340,000 ekor lebah daripada 17 sarang dilepaskan ke atas tubuh kedua-dua pelakon tersebut selama 30 minit.

Shuib atau mama sebenar Hahmira Muhamad berkata, beliau yang berkecimpung dalam perniagaan madu lebah sejak setahun lalu menerima cabaran daripada syarikat Madu Tiga Sdn. Bhd. bagi mendalami ilmu berkaitan madu dan serangga tersebut.

“Untuk mendekati serangga tersebut saya perlu duduk dekat dan ‘berkomunikasi’ dengannya walaupun kaedah itu nampak pelik.

“Sebelum ini saya ada buat kajian tentang lebah dan madu tetapi kali ini saya merasai pengalaman duduk bersama lebah.

“Memang kerja gila dan tak pernah terfikir untuk melakukannya. Saya akui cabaran ini memang menakutkan sehingga tak boleh pejamkan mata sebab kita berhubung dengan haiwan yang kita tak tahu bagaimana tindak balasnya,” katanya selepas menerima sijil ‘Most Number Of Bees On Human Body (Male)’ oleh MBOR di Ayer Keroh hari ini.

Mengulas lanjut, Shuib memberitahu, beliau bersyukur kerana ramai pihak termasuk isterinya, Siti Sarah Raisuddin dan rakan-rakan artis memberi sokongan penuh kepada beliau untuk menyertai cabaran tersebut.-MalaysiaGazette