TERKINI : Mohon MARA Hapuskan Pinjaman Teksi – Shamsubahrin

Pengarah Big Blue Taxi Facilities Sdn Bhd, Datuk Shamsubahrin Ismail menyifatkan Belanjawan 2019 yang dibentang pada Jumaat lepas sebagai menyedihkan kepada pemandu teksi di negara ini.

Shamsubahrin berkata, ini kerana belanjawan itu langsung tidak menyentuh insentif khas untuk pemandu teksi yang kini kehilangan pendapatan akibat saingan tidak sihat penyedia perkhidmatan e-panggilan khususnya Grab.