Datuk Seri Nazri Abdul Aziz.
Datuk Seri Nazri Abdul Aziz.

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini menafikan dakwaan bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman bahawa beliau adalah individu yang membersihkan namanya.

Memetik laporan The Malaysian Insight, Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebenarnya yang membersihkan Musa.

“Ia adalah SPRM, bukannya saya. Saya tidak boleh membuat kenyataan peribadi kerana SPRM merupakan badan bebas.

“Sebagai menteri (ketika itu), saya tidak boleh campur tangan dengan keputusan SPRM. Kenyataan saya adalah berdasarkan kepada perkara yang mereka mahu saya umumkan,” katanya seperti dipetik.

Beliau berkata kenyataan yang dibuat olehnya di Parlimen pada 2012 itu adalah daripada SPRM.

Semalam, Musa Aman berkata namanya sidah dibersihkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) berhubung tuduhan rasuah melihatkan 16 syarikat konsesi balak di Sabah.

Musa Aman dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dengan 35 pertuduhan rasuah berkata semua pertuduhan itu adalah “kes lama”.

“Kes ini telah diselesaikan sebelum ini, kira-kira 10 ke 14 tahun lalu. Kenapa menjadi isu lagi? Nazri yang menjadi menteri bertanggungjawab dalam urusan Parlimen pada waktu itu telah membersihkan kes ini…Tidak ada kes terhadap saya,” katanya.

Dalam pada itu, Nazri berkata Musa Aman tidak seharusnya mengaitkan namanya kerana ketika itu beliau tiada kuasa ke atas SPRM sebagai sebuah badan bebas.

“Adalah salah baginya untuk menyebut nama saya kerana ketika itu saya hanya merupakan seorang menteri,” katanya.

Musa Aman didakwa kerana menerima suapan berjumlah RM263 juta semasa beliau memegang jawatan Ketua Menteri Sabah sejak 2003. -MalaysiaGazette

Musa Aman persoal kenapa kes 2004 dibuka semula

Musa Aman mengaku tak bersalah atas 35 pertuduhan

35 Pertuduhan Untuk Tan Sri Musa Aman