Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid
Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid

KUALA LUMPUR – Isteri Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid menasihatkan suaminya supaya tidak menghadiri konsert Gegar Vaganza pada minggu-minggu akan datang.

Kecewa dengan kritikan netizen yang berterusan, Nur Shahida turut mencadangkan kepada suaminya supaya pulang ke kampung untuk membela kambing dan menjaga ayam serta itik.

“I dah cakap dengan you tak perlu keluar TV sebab tak semua faham cara you cakap sebab you suka terlepas @aliffsyukriterlajaklaris.

“Tak pasal banyak betul orang yang ‘sekolahkan’ (kritik) you hari ni, Datuk, Dr lah,chef lah, artis semua adalah.

“Yang kenal taulah, yang tak kenal macam-macam ayat mereka keluar sampai semua perkataan maki hamun dah keluar sampai mereka pun tak tahu nak maki apa dah,” katanya menerusi luahan di laman Instagram miliknya.

Luahan tersebut ditulis Nur Shahida susulan tindakan netizen yang berlarutan mengecam jutawan kosmetik itu kerana terlanjur percakapan ketika mempromosikan produk pemutih gigi semasa siaran langsung konsert GegarVaganza musim kelima Ahad lalu.

Dalam rancangan itu, Aliff telah mengeluarkan perkataan ‘berwajah hodoh dan bomoh’ terhadap seorang penonton yang berada di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyaksikan konsert itu.

Aliff turut mendekati wanita tersebut dan kemudian membuat demonstrasi ke atas penonton itu dengan mengenakan produk yang ada ditangannya ke wajah wanita tersebut.

Meskipun wanita berkenaan dilihat bersikap selamba selepas diperlakukan sedemikian namun, dia kemudian bertindak meninggalkan tempat duduknya.

Isteri usahawan kosmetik terkenal itu juga turut melahirkan rasa kesal terhadap orang ramai yang mengecam suaminya meskipun permohonan maaf telah dilafazkan pada rancangan sama selepas menerima kritikan menerusi Instagram.

Rata-rata netizen menyifatkan, sikap Aliff itu sebagai melampau kerana cuba melariskan produk dengan cara yang keterlaluan. – MalaysiaGazette

Kaya tak jamin beradab, Fazley tegur Aliff Syukri