Shamsul Anuar Nasarah
Shamsul Anuar Nasarah

KUALA LUMPUR – Alasan yang digunakan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng kononnya Jho Low punca Kerajaan PH tidak dapat tunaikan janji berhubung pelaksanaan PTPTN disifatkan sebagai kelakar dan tidak masuk akal.

Bekas Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, hanya mereka yang menyokong Pakatan Harapan (PH) secara membuta tuli sahaja yang percaya namun tidak bagi rakyat yang cerdik.

“Saya bekas Pengerusi PTPTN. Saya tahu kenapa ianya sukar dilaksana. Jawapannya ada pada PTPTN. Jadi rujuklah kepada Pengurusan PTPTN, keadaan sebenar,” katanya.

Shamsul Anuar mengulas kenyataan Guan Eng yang menyalahkan Jho Low, individu utama yang terlibat dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai punca kerajaan gagal menunaikan janji dalam isu pembayaran semula hutang PTPTN.

Menurutnya, jawapan yang diberikan oleh Guan Eng itu mengundang malu kepada rakyat yang mempunyai Menteri Kewangan yang suka membuat kenyataan tanpa asas.

“Ia boleh menimbulkan bahaya apabila pelbagai pihak boleh hilang keyakinan pada Menteri Kewangan dan kesannya adalah kepada rakyat,” katanya.

Ketua Penerangan UMNO itu berkata, Guan Eng selaku menteri kanan dalam kerajaan PH seharusnya tahu mengenai status kewangan yang dihadapi PTPTN.

“Sangat malang kalau beliau tidak memahaminya kerana aliran kewangan PTPTN juga mempengaruhi kewangan negara.

“Apakah LGE memang tidak tahu atau sengaja tidak mahu tahu dari mana punca dana PTPTN yang digunakan untuk diberikan kepada pelajar?” soal beliau lagi.

Kkatanya, Menteri Pendidikan atau Pengerusi PTPTN sepatunya memberikan maklumat jelas kepada Guan Eng berkaitan kewangan PTPTN agar kenyataan yang tidak berasas tidak dikeluarkan lagi.

“Hakikatnya kewangan PTPTN tidak ada kaitan dengan Jho Low. Ianya mainan persepsi yang tidak berkesudahan oleh Guan Eng,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

PTPTN: Sukar tunai janji sebab Jho Low ambil wang negara – Guan Eng