KUALA LUMPUR – Goldman Sachs Group Inc mungkin menghadapi “penalti yang signifikal” hasil daripada transaksi yang melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), menurut Wall Street Journal (WSJ).

Hukuman itu dijangkakan selepas bekas rakan kongsi kanan firma itu didakwa menyogok dan melakukan pengubahan wang haram yang melibatkan dana milik syarikat berkenaan.

Firma itu, dalam laporan pendapatan suku ketiga yang difailkan kepada pengawas selia pada hari Jumaat memaklumkan firma itu sedia bekerjasama dengan penyiasat.

Ia juga menyatakan skandal terbabit mendorong firma itu meneliti budaya perniagaan dan kawalan dalamannya.

WSJ melaporkan bahawa pendedahan 400 perkataan oleh firma adalah “yang paling meluas” mengenai penyiasatan ke atas1MDB, yang antara lain menonjolkan potensi kelemahan dalam pematuhan Goldman.

Bekas eksekutif kanan Goldman, Timothy Leissner mengaku bersalah atas tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram di Amerika Syarikat.

Manakala, Roger Ng, bekas Pengarah Urusan yang mengambil bahagian turut didakwa bersama ahli perniagaan Malaysia, Low Taek Jho, sebagai dalang dalam skandal 1MDB.

Low tidak hadir dalam pertuduhan itu.

Leissner dikatakan dengan mudah mengawal perakaunan dalaman dan memberi keutamaan kepada memuktamadkan tawaran ke atas pematuhan, kata laporan itu.

WSJ memetik seorang penganalisis sebagai berkata, pendedahan oleh firma menunjukkan ia mungkin berbincang dengan pendakwa-pendakwa mengenai penyelesaian.

Pengawal selia dijangka meneliti kedudukan bank mengenai kawalannya apabila mempertimbangkan penalti.

Terdapat jangkaan dalam kalangan pengawal selia bahawa budaya perniagaan semata-mata tidak mungkin (sebab) cukup (untuk individu yang bersalah) untuk melewati kawalan dalaman,” laporan itu memetik William Garrett, pengurus kandungan dan analitik data untuk Clearinghouse Act Practices Corrupt pusat penyelidikan dan sebahagian daripada Pusat Tadbir Urus Korporat di Stanford Law School sebagai berkata.

Ia juga melaporkan rakan kongsi Goldman, yang disebut dalam dokumen mahkamah sebagai konspirator tanpa nama yang didakwa mengetahui rasuah telah dibayar dan telah membantu Leissner mendapatkan pematuhan rasmi, telah diberi cuti.

Pendedahan itu susulan dakwaan terhadap Ng, dan Leissner, bekas pengarah urusan yang memimpin unit Goldman di Asia Tenggara, membayar suapan, dan mencuri dan menggubah wang haram daripada 1MDB. – MalaysiaGazette