Walaupun Mohamed Azmin setakat ini telah mengumpul 58,949 undi iaitu mendahului Rafizi yang memperoleh 55,628 dengan majoriti 3,321 undi, tetapi kemenangan belum pasti buat Menteri Hal Ehwal Ekonomi tersebut.

PETALING JAYA – Dengan pengiktirafan PKR terhadap 13,000 orang ahli PKR di Julau, Sarawak, pertandingan untuk jawatan timbalan presiden antara Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Rafizi Ramli kini menjadi semakin sengit.

Walaupun Mohamed Azmin setakat ini telah mengumpul 58,949 undi iaitu mendahului Rafizi yang memperoleh 55,628 dengan majoriti 3,321 undi, tetapi kemenangan belum pasti buat Menteri Hal Ehwal Ekonomi tersebut.

Keadaan di Julau sebaliknya mampu menukar kekalahan Rafizi kepada kemenangan.

Sinchew Daily melaporkan, Julau pada asalnya hanya mempunyai 603 ahli PKR, tetapi Ahli Parlimen Julau, Larry Sng Wei Shien berjaya meningkatkan jumlahnya kepada 13,000 orang sehari sebelum pemilihan PKR membuka tirai.

Wei Shien yang juga bertanding untuk jawatan Ketua Cabang Julau sebelum ini telah menyatakan sokongannya kepada Rafizi.

“Jika 13,000 ahli ini dibenarkan mengundi, maka keadaan di Julau dijangka akan berpihak kepada Rafizi,” demikian lapor Sinchew Daily.

Dalam pada itu, Lawatan Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail ke Julau telah mencetuskan pertikaian dalam kalangan kepemimpinan parti itu.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Latheefa Koya berkata, lawatan berkenaan, biarpun atas kapasiti Wan Azizah sebagai Timbalan Perdana Menteri, adalah tidak kena pada masanya.

“Ahli Parlimen Julau yang turut bertanding bagi jawatan ketua cabang juga sedang disiasat berhubung kontroversi yang berlaku,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohamed Azmin ketika ditanya mengenai lawatan Wan Azizah ke Julau memilih untuk berdiam diri atas alasan tidak mengetahui jadual perjalanan Timbalan Perdana Menteri. – MalaysiaGazette

Lawatan Wan Azizah ke Julau Sarawak dipertikai

Zuraida bawa isu PKR Julau ke mesyuarat pusat minggu depan

Siasat TPM salah guna dana lawatan ke Sarawak

Dewan tempat mengundi tidak ubah seperti reban ayam, kata Rafizi

Tiada sindrom penafian dalam PKR – Dr Wan Azizah