Adun Kota Damansara, Shatiri Mansor bercakap pada sidang media mengenai kenyataan berunsur fitnah oleh Lateefa Koya yang dilemparkan terhadap dirinya di Pejabat ADUN Kota Damansara, Selangor. foto IQBAL BASRI, 09 NOVEMBER 2018

SHAH ALAM – Ahli Jawatankuasa Pusat PKR Latheefa Koya dituntut membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh 48 jam atau akan berhadapan dengan tindakan saman kerana kerana memuatnaik hantaran berbaur fitnah terhadap kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Damansara, Shatiri Mansor di media sosial.

Latheefa pada 16 Oktober lalu telah memuatnaik hantaran di laman Facebook menyebut nama Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan Shatiri tertera pada kupon sarapan dan makan tengah hari yang diedarkan semasa berlangsungnya pemilihan parti itu.

Shatiri yang sebelum ini bertanding sebagai Ketua Cabang Subang berkata, dakwaan  tersebut telah mengundang persepsi negatif dalam masa yang sama menjatuhkan reputasinya.

“Sidang media hari ini adalah berkenaan dengan satu fitnah dan persepsi negatif yang dilemparkan terhadap saya oleh Latheefa Koya melalui posting di laman Facebook beliau bertarikh 16 Oktober 2018 jam 17:53 petang.

“Saya percaya beliau memuat naik posting tersebut dengan niat jahat dan memberi tanggapan dan persepsi negatif ahli dan rakyat secara amnya terhadap saya dan saudara Rafizi Ramli sebagai pemimpin politik dan pesaingan politik dalam tempoh pemilihan parti ketika ini.

“Disebabkan posting tersebut menjadi tular dalam media-media sosial dan ditambah pula kenyataan serta siaran media cetak termasuk akhbar berkenaan isu ini, ianya juga telah dimanipulasikan serta disensasikan sebagai modal politik untuk menjatuhkan reputasi dan kredibiliti saya oleh pesaing politik saya atau saudara Rafizi Ramli,” katanya dalam sidang media hari ini.

WhatsApp Image 2018-11-09 at 11.17.04 AMJelas Shatiri kupon makan yang tertera namanya dan rafizi Ramliyang bertanding untuk jawwatan Timbalan Presiden PKR diedarkan kepada jentera dan urusetia yang bertugas pada majlis sembang santai pada 13 Oktober yang lalu.

“Saya ingin menegaskan bahawa saya dan mana-mana wakil saya sepanjang tempoh berkempan tersebut tidak menawarkan kupon tersebut dengan syarat atau mendapatkan balasan dengan memberi undi kepada saya seperti mana yang digambarkan oleh Latheefa Koya.

“Posting tersebut menggambarkan seolah-olah ada unsur rasuah atau membeli undi melalui kupon tersebut,” tambah beliau.

MGF09112018_PC ADUN KOTA DAMANSARA_05
Adun Kota Damansara, Shatiri Mansor menunjukkan bukti-bukti dalam sidang media mengenai kenyataan berunsur fitnah oleh Lateefa Koya yang dilemparkan terhadap dirinya di Pejabat ADUN Kota Damansara, Selangor. foto IQBAL BASRI, 09 NOVEMBER 2018

Selain permohonan maaf, Shatiri juga menuntut Latheefa memadam postingnya pada 16 Oktober beserta ayat “kalau nak dapatkan kupon – kena undi aku dulu #akusucidalamdebu”.

Pengamal undang-undang PKR itu dalam masa yang sama menurutnya perlu memberi jaminan tidak akan menerbitkan lagi ulasan berkenaan isu dakwaannya itu.

“Sekiranya beliau gagal memenuhi mana-mana tuntutan tersebut dan tidak memberikan sebarang maklum balas terhadap tuntutan ini, saya akan mengarahkan peguam saya untuk meneruskan tindakan undang-undang terhadap beliau termasuk saman di mahkamah,” tegasnya.

Turut hadir dalam sidang media tersebut peguam Shatiri, Datuk Mohd Imran Tamrin.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast