KUALA LUMPUR – Moody’s Investors Service mengubah unjuran penarafan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) LNG Ltd. (PLL) kepada negatif daripada stabil.

Dalam kenyataan hari ini, Penolong Naib Presiden dan Penganalisis Moody’s, Rachel Chua berkata perubahan unjuran penarafan PLL itu berasaskan unjuran penarafan bagi syarikat induk muktamad PLL, Petronas, semalam.

“PLL merupakan 100 peratus milik Petronas, syarikat minyak nasional Malaysia, yang menjadi milik penuh kerajaan Malaysia (A3 stabil),” katanya.- BERNAMA