Orang ramai beratur untuk menikmati aneka makanan berasaskan ayam goreng pada Festival Ayam Lejen 2 di Stesen LRT Ara Damansara, Petaling Jaya, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 10 NOVEMBER 2018.

SHAH ALAM – Sebanyak 10 peniaga berasaskan ayam goreng di sekitar Lembah Klang dipilih oleh Fried Chillies Media Sdn Bhd (FriedChillies) menyertai Ayam Legen Festival II.

Menurut Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Fried Chillies Media Sdn Bhd (Fried Chillies), Mohd Adly Rizal, festival dua hari yang bermula hari ini diadakan dengan kerjasama Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) bagi menggalakkan peminat ayam goreng mengunjungi peniaga berkenaan.

MGF10112018_AYAMLEJEN_06
Mohd Adly Rizal

 

 

Katanya, festival itu lebih kepada usaha Fried Chillies untuk meraikan peniaga dan rakyat Malaysia yang suka makan ayam goreng serta makanan berasaskan ayam daging.

“Ini adalah kali kedua kita anjurkan. Kali pertama kita adakan pada akhir tahun lepas, juga dengan kerjasama Prasarana.

“Rakyat Malaysia memang suka makan ayam goreng dan harganya tidak berapa mahal.

“Jadi, kita ambil inisiatif meraikan peniaga tersohor ayam legen ini untuk bertemu dengan peminat mereka,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Ayam Legen Festival II di Stesen LRT Ara Damansara, dekat sini, hari ini.

Majlis itu dilancarkan oleh Ketua Pegawai Operasi (Operasi) Prasarana, Muhammad Nizam Alias.

MGF10112018_AYAMLEJEN_08
Orang ramai hadir bersama keluarga menikmati aneka makanan berasaskan ayam goreng pada Festival Ayam Lejen 2 di Stesen LRT Ara Damansara, Petaling Jaya, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 10 NOVEMBER 2018.

Berhubung pemilihan 10 peniaga ayam legen ini, Mohd Adly berkata, pihaknya melantik satu panel dalam kalangan peminat ayam goreng melakukan ujian rasa di setiap kedai makan ayam goreng di sekitar Lembah Klang dan beberapa negeri termasuk Johor.

Katanya, daripada banyak kedai yang dikunjunginya, jawatankuasa panel itu telah memilih 50 peserta untuk diadili dalam kalangan yang terpilih.

MGF10112018_AYAMLEJEN_11
Tiga wanita antara pengunjung yang hadir bagi menikmati aneka makanan berasaskan ayam goreng pada Festival Ayam Lejen 2 di Stesen LRT Ara Damansara, Petaling Jaya, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 10 NOVEMBER 2018.

“Daripada 50 calon ini pula, kita pilih 30 peniaga. Begitu seterusnya, jawatankuasa panel ini terus mengunjungi kedai berkenaan tanpa pengetahuan peniaga terbabit untuk mencari yang terbaik dalam kalangan terbaik.

“Akhirnya, kita berpuas hati dengan 10 peniaga ini, ayam goreng mereka ini memang sedap dan terbaik.

“Kita jemput mereka menyertai festival ini dan kita namakan mereka sebagai peniaga Ayam Legen. Sebab ayam goreng mereka memang sedap,” katanya.

Beliau menjelaskan, pihaknya menyasarkan kira-kira 1,500 pengunjung akan berkunjung ke festival II ini, berbanding 1,000 pengunjung dicatatkan pada program pertama akhir tahun lalu. – MalaysiaGazette