Bbeerapa anggota bomba melihat api yang marak di belakang sebuah kediaman di California. foto Agensi

CALIFORNIA – Sekurang-kurangnya lima maut dan lebih 150,000 penduduk diselamatkan dalam kebakaran besar di sini.

Di barat Los Angeles pula, kebakaran merebak ke jalan-jalan utama dan menuju ke arah kawasan perairan termasuk bandar Malibu yang mana beberapa rumah musnah dijilat api.

Di utara berhampiran Sacramento pula, lima mangsa ditemui maut di dalam kereta – selepas kawasan itu terbakar.

Mayat mangsa masih belum dikenal pasti.

Api merebak dengan pantas dibawa oleh angin kencang selaju 56 kilometer sejam.

Sehingga tengah hari Jumaat, kebakaran di Los Angeles meliputi kawasan seluas 14,0000 ekar

Asap dari barat Los Angeles boleh dilihat dari Hollywood.

Kebakaran bermula dekat Thousand Oaks, kira-kira 40 batu dari tengah Los Angeles hingga 75,000 penduduk terpaksa diarah berpindah.

Lebih 1,000 penduduk kini dipindahkan lagi daripada beberapa bandar di barat Thousand Oaks, Calabasas. – MalaysiaGazetteke