Jumlah perdagangan Malaysia pada April 2018 meningkat 11.7 peratus tahun ke tahun kepada RM155.42 bilion berbanding penurunan sebanyak 3.5 peratus pada Mac, menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Misi perdagangan anjuran Lembaga Pembangunan dan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Perbadanan Pembangunan Perdaganagan Luar Malaysia (Matrade) di Eropah berjaya menarik potensi pelaburan sebanyak RM5.33 bilion.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkata, sebahagian besar daripada pelaburan itu tertumpu dalam elektrik dan elektronik, perkakasan dan mesin, aeroangkasa dan industri makanan.

Misi perdagangan itu berlangsung dari 5 hingga 9 November meliputi Munich di Jerman, Paris di Perancis dan Milan, Italai. Ia diketuai oleh Ketua Setiausaha MITI, Datuk Isham Ishak.

MITI berkata, misi perdagangan itu bagi mengukuhkan hubungan dua hala Malaysia dengan negara-negara berkenaan, selain mempromosi perdagangan dan pelaburan ke negara ini.

Selain memberi fokus kepada sektor-sektor di atas, MITI turut mempromosi produk halal serta aplikasi dan pembangunan Industri 4.0 dlam sektor pembuatan.

Malah, MITI turut mengambil kesempatan memberi penjelasan mengenai penyumberan minyak kelapa sawit dari Malaysia.

Tambah MITI, seraamai 397 penyertaan mengikuti Seminar Peluang Perniagaan di Malaysia dan mengadakan 228 mesyuarat perniagaan individu dengan potensi jualan yang diraih daripada mesyuarat ini bernilai RM59.45 juta. – MalaysiaGazette