Iswardy Morni bersama penyokongnya membuat laporan polis di Balai Polis Simpang Tiga, hari ini.
Iswardy Morni bersama penyokongnya membuat laporan polis di Balai Polis Simpang Tiga, hari ini.

KUALA LUMPUR – Tukar hari mengundi saat akhir memaksa calon Ketua PKR Cabang Petra Jaya, Sarawak, Iswardy Morni membuat laporan polis.

Dalam laporan polis itu, beliau menamakan dua pihak iaitu Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR dan JPP Sarawak tidak bertanggungjawab kerana menukar hari mengundi tanpa sebarang sebab yang kukuh.

Iswady membuat laporan itu di Balai Polis Simpang Tiga pada jam 1.41 tengah hari tadi.

Beliau mendakwa terdapat unsur penipuan dan sabotaj dalam kalangan JPP dan penyandang ketua cabang itu sendiri.

Katanya, beliau hanya mendapat maklumat melalui sistem pesanan ringkas (SMS) berhubung pemilihan cabang Petra Jaya telah ditukar esok 11 November.

“Malam tadi saya dimaklumkan penukaran tarikh pemilihan. Saya percaya ini adalah arahan daripada JPP negeri sendiri yang mahu mempertahankan penyandangnya,” katanya.

Iswardy berkata, tempoh yang diberikan JPP kepada beliau dan pengundi di cabang itu terlalu singkat sehingga menyukarkan ahli untuk keluar mengundi esok. – MalaysiaGazette