Mediu melakarkan sejarah apabila menandatangani Memorandum Perjanjian bersama International College of Yayasan Melaka (ICYM) baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Universiti Antarabangsa Al-Madinah (Mediu) terus mengorak langkah dalam bidang pengajian tertinggi di negara ini apabila melakar sejarah dengan menandatangani Memorandum Perjanjian bersama International College of Yayasan Melaka (ICYM) baru-baru ini.

Ketua Eksekutif Mediu Prof. Emer. Dr. Ismawi Zen berkata, perjanjian tersebut melibat kerjasama dalam bidang akademik khusus bagi program Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Bahasa Arab.

Beliau yakin kerjasama itu akan memberikan satu input besar dan bermanfaat kepada Mediu serta memberi peluang kepada dua pihak untuk melebarkan sayap masing-masing lebih jauh pada masa akan datang.

daf01029-7b53-4139-80e1-54015e3ce53e
Perjanjian antara Mediu dan ICYM melibat kerjasama dalam bidang akademik khusus bagi program Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Bahasa Arab.

“MEDIU amat mengalu-alukan kerjasama ini dan berharap agar kerjasama strategik ini boleh membawa kepada pembentukan program berimpak tinggi yang dapat direalisasikan bersama.

“Saya juga berharap agar Mediu dan ICYM  boleh membawa kepada transformasi dalam pembangunan kepada institusi masing-masing.

“Kini telah tiba masa untuk institusi pengajian tinggi di negara ini bekerjasama lebih erat demi memastikan hasrat kerajaan ke arah menjadikan Malaysia sebagai hub pendidikan bertaraf dunia dapat dicapai,” katanya.

Sementara itu, pada majlis tersebut, ICYM diwakili oleh Ketua Eksekutifnya, Datuk Saroni Judi. – MalaysiaGazette