Hasnul Zulkarnain Abd Munaim.

IPOH – Mesyuarat khas Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) hari ini sebulat suara menolak permohonan peletakan jawatan Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim sebagai presiden PAFA.

Naib Presiden I PAFA, Datuk Muhammad Yadzan Mohammad berkata jawatankuasa sama turut memberi tempoh 14 hari kepada Hasnul untuk mempertimbangkan semula peletakan jawatan itu yang dilakukan pada 8 Nov lalu.

“Kami beri tempoh itu untuk beliau mempertimbangkan semula cadangan kami ini secara rasional. Bagi beliau (Hasnul) bertenang dan berfikir.-BERNAMA

Atas desakan akhirnya Hasnul letak jawatan