Foto Instagram Uqasha Senrose.

KUALA LUMPUR – Pelakon, Uqasha Senrose meluahkan rasa rimas dan ‘seram’ selepas menerima mesej daripada seorang lelaki yang sudah berkahwin.

Pendedahan wanita berusia 26 tahun dibuat menerusi sebuah entri di Insta Stories akaun Instagram miliknya.

Jelas Uqasaha, lelaki itu memberitahu dirinya sering hadir ke dalam mimpinya namun bukan sebagai perkara yang tidak baik.

“Saya ingin berkenalan tanpa niat tersembunyi ataupun ingin berkahwin sekali lagi.

“Saya juga mengaku mempunyai perasaan sayang terhadap awak namun niatnya hanya untuk berkenalan sahaja,” antara kiriman pesanan mesej lelaki itu kepada Uqasha.

Ia dihantar kepada Uqasha semalam dengan tidak mendedahkan siapa individu tersebut namun meletakkan ayat scary. – MalaysiaGazette