Foto laman rasmi Facebook Melaka United Soccer Association.

KUALA LUMPUR – Melaka United komited untuk memperkuatkan pasukan apabila berjaya mendapatkan khidmat Zainal Abidin Hassan selaku ketua jurulatih bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2019.

Melaka United berharao pengalaman luas yang dimiliki Zainal Abidin dapat membantu dalam menempa kejayaan buat pasukan yang menamatkan saingan Liga Super di tempat ketujuh pada musim ini.

Melaka musim ini mendapat khidmat ketua jurulatih dari Portugal iaitu Eduardo Almeida sebelum beliau dipecat pada Mei lalu selepas Melaka mengalami kekalahan 2-1 bertemu Perak di laman sendiri.

Sementara itu, Zainal Abidin membimbing Pulau Pinang yang beraksi dalam saingan Liga Perdana musim ini.

Bagaimanapun skuad Harimau Kumbang mempamerkan aksi mengecewakan apabila hanya mampu menduduki tangga ke-10 liga. – MalaysiaGazette